5 Ciri Lelaki Seksi Dari Perspektif Wanita

WANITA tidak mampu mengenali 100 peratus karektor dan keperibadian lelaki. Namun, melalui teknik penggayaan, penampilan dan cita rasa, ia dapat membantu menjejaki karektor lelaki seksi! Amati senarai di bawah, mungkinkah anda antara lelaki yang sedang diburu wanita?

Cita rasa memilih pakaian

- Tidak semestinya perlu bergaya hebat dan menyarungkan jenama mahal untuk kelihatan trendy. Bagi wanita, lelaki yang menitikberatkan soal kebersihan dan kemasan diri sudah cukup menampakkan imej seksi untuk membuatkan hati tertawan.

Tepati masa

- Memiliki jam tangan berjenama tetapi tidak menepati masa hanya menjatuhkan saham lelaki. Lelaki yang seksi menurut wanita ialah mereka yang bijak menguruskan masa dan paling utama menepati masa.

Bergaya sedikit ‘nakal’

- Sesetengah wanita lebih gemar lelaki yang bergaya santai. Percayalah, memilih denim, kemeja-T putih dengan sepasang but lebih macho dan seksi berbanding gaya konvensional ke pejabat. Lebih ‘nakal’ lebih seksi.

Karektor melalui warna

- Perhatikan rona warna pakaian, seluar, kasut mahupun stokin. Umumnya, wanita begitu tertarik dengan lelaki yang berani ‘bermain’ dengan warna. Semakin garang warna pilihan lelaki, bertambah seksi dan berani di mata wanita. Ayuh, bersedia melakukan transformasi gaya!

Memilih reka bentuk beg

- Mungkin sesetengah lelaki tidak mengendahkan soal beg sama ada kegunaan di pejabat mahupun ketika waktu santai. Awas, melalui pemilihan reka bentuk dan gaya beg ia mempengaruhi karektor diri lelaki. Apatah lagi, jika lelaki itu ialah seseorang yang ada cita rasa tatkala memilih jenama beg dan warnanya! Pastinya ramai gadis tertarik!

5 lelaki seksi Malaysia (pilihan i-Kon)

1) Aaron Aziz (pelakon)

2) Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib (ahli politik)

3) Rashidi Ishak (pelakon)

4) Aidil Zafuan Abdul Razak (ahli sukan)

5) Arman Graseka (pelakon)

5 lelaki seksi Hollywood (pilihan i-Kon)

1) Daniel Craig

2) Orlando Bloom

3) Brad Pitt

4) Jude Law

5) Clint Eastwood

Definisi seksi lelaki….

i-Kon mendapatkan pandangan lelaki bagi menyelami definisi seksi mengikut kaca mata mereka. Ikuti komen personaliti lelaki popular tanah air mengenai seksi dalam diri lelaki! Adakah anda juga tergolong dalam kategori lelaki seksi?

Mawi

“SAYA tidak tahu yang lelaki juga seksi dan tidak berasa sedemikian. Tidak tahulah pula kalau perempuan merasakan lelaki seksi.”

AC Mizal

“SEKSI lelaki terletak pada pemikirannya. Jika dia berilmu, secara tidak langsung menyerlahkan lagi peribadi dan personalitinya.”

Aaron Aziz

“PADA saya, definisi seksi bagi golongan lelaki terletak pada raut wajahnya. Ini kerana wajah akan menjelaskan segalanya termasuk aura seksi lelaki itu sendiri. Semestinya pandangan akan terlintas kepada mata dan raut wajahnya. Bukankah itu seksi?.”

Fahrin Ahmad

“BUKAN rupa paras yang mewakili seksi lelaki, sebaliknya ia terletak menerusi faktor dalaman seseorang lelaki. Karektor yang dibentuk serta gaya hidup itulah yang mencorak keperibadian seseorang lelaki berbanding ciri fizikal dan faktor luaran seperti bertubuh tegap.”

Shamsul Yusuf

“SELAIN pemikiran seseorang lelaki yang menampakkan imej seksi, faktor luaran serta sikap tegas, mantap dan menyenangi semua orang membuatkan imej seksi itu terserlah. Saya sendiri merasakan karektor sedemikian ada dalam diri aktor, Jalaludin Hassan.”

Iqram

“KEPERIBADIAN seseorang lelaki itu dapat dilihat sama ada dia seksi atau tidak. Malah, seksi itu sendiri bersifat subjektif. Mungkin ada yang beranggapan lelaki yang pembersih itu seksi, atau juga yang berimej macho. Saya sendiri merasakan seksi itu tidak harus bermain dengan struktur badan mahupun sikap ego keterlaluan.”

Rosyam Nor

“JIKA lelaki itu bijak berfikir dan pandai pula mencorak kehidupannya, dialah lelaki seksi.”

Faizal Tahir

“PADA sayalah, lelaki itu seksi dari segi penggayaan dan bagaimana dia membawa diri dalam kehidupan sehari-hari.”

Rashidi Ishak

“SEKSI? Mungkin lelaki itu akan kelihatan seksi jika dia matang, berpengetahuan dan kelakar. Saya tidak tahulah adakah saya seksi kerana kena tanya Vee (Vanidah Imran).”

1 comments:

Artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Telah tersedia plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!
www.infogue.com

Entri Menarik Hari Ini