Novel kisah hidup 6ixth Sense


Teknologi hari ini bukan sahaja memudahkan kehidupan manusia, tetapi turut memudahkan untuk memperolehi apa sahaja. Segalanya hanya menggunakan jari. Maksudnya apa yang dihajati kini boleh didapati secara digital.

Dulu kalau nak baca novel kena dapatkan naskhahnya. Kini ada novel yang boleh dibaca dalam telefon bimbit sahaja. Metadome Sdn Bhd, iaitu syarikat pembekal kandungan mudah alih menjalankan kerjasama dengan syarikat penerbitan, PTS Sdn. Bhd. untuk membawa pendekatan teknologi baru dalam pembacaan novel. Ia dipanggil MBOOK (Mobile Book). Satu lagi kelebihannya setiap novel atau buku hanya berharga RM5 berbanding buku biasa yang boleh mencecah sehingga RM35 atau lebih.

Salah sebuah novel yang boleh dibeli menggunakan kaedah MBOOK ialah novel kisah hidup kumpulan 6ixth Sense berjudul Tak Bisa Memilihmu. Pelancarannya diadakan di PWTC sempena Pameran Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung.

"Kami anggap ini sebagai salah satu cara mempromosi kami. Novel ini mengisahkan perjalanan hidup semua anggota kumpulan sehingga berjaya sehingga ke hari ini," kata penyanyi utamanya, Adi.

Mereka juga menganggap ia sebagai satu perkembangan baru yang cukup menarik apabila lagu popular mereka diangkat menjadi sebuah novel. Mereka juga akan memperolehi royalti apabila novel itu terjual.

"Saya harap kecanggihan teknologi yang ada hari ini boleh memupuk sikap suka membaca di kalangan masyarakat kerana ia cukup mudah dan murah," sambung Adi.

Pengarah Eksekutif Metadome, Syaizul Amal berkata, pemilihan 6ixth Sense kerana mereka melihat populariti lagu dan kumpulan itu sendiri. Malah jualan muat turun lagu-lagu 6ixth Sense yang mereka kendalikan sangat memberangsangkan.

Cara menempah hanya mudah iaitu taipkan kod novel yang ingin ditempah (contoh: MB T54101 untuk novel Tak Bisa Memilihmu) dan hantarkan ke 22020. Hanya telefon terkini yang mempunyai aplikasi Java sahaja yang boleh mendapatkan perkhidmatan eksklusif bersama Hotlink ini.



Nubhan AF6 turut popularkan lagu Tak Bisa Memilihmu.



Lagu Tak Bisa Memilihmu juga semakin popular di kalangan peminat Akademi Fantasia apabila Nubhan menyanyikannya pada konsert kedua. Apatah lagi ia dikatakan cukup sesuai dengan suara dan keupayaan vokal Nubhan.

1 comments:

Kepada peminat-peminat musik tanahair

Anda dijemput ke PROGRAM: Aura Muzika
TEMPAT:CAPITAL STUDIO, BDR SRI DAMANSARA.
TARIKH:07 julai hingga 13 julai 2009
ARTIST: Raihan,Rosin,Blues Gang,6ixth Sense,Sharpshooters, BPR,Orkes Nirwana,Candy, Sofaz, Alleycats, Pretty Ugly, Khalifah & Niskala

Untuk booking& pertanyaan call Zila(016-2135773)@ nurul(012-7474032) atau emel terus ke nurulsyiefa@gmail.com.
BUATLAH TEMPAHAN ANDA SEKARANG.

Diharap mesej ini dapat di sebarkan kepada orang ramai

Entri Menarik Hari Ini