Azharina Bercerai Dengan Datuk Sukri


Semalam, penyanyi bersuara lantang, Azharina (23
tahun) mengumumkan bahawa dia dah bercerai dengan suaminya Datuk Sukri.
Pada bulan Februari lalu, dia telah meminta diceraikan dan suaminya
telah menceraikannya dengan talak satu.

“Saya tahu ramai yang seronok dengan perceraian kami, Apa pun
saya reda dengan suratan takdir bahawa jodoh kami sampai di sini saja,”
- Azharina

Tanpa mengulas panjang, Azharina menyatakan keputusan ini dibuat
untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Walaupun demikian, Azharina masih
mencintai bekas suaminya yang berusia 50 tahun itu dan hubungan mereka
masih lagi baik sebagai kawan,

Untuk info pembaca, Azharina mengenali Datuk Sukri sejak dia berusia
17 tahun lagi dan berkahwin dengan peguam yang berasal dari Kelantan
ini sejak dua tahun lalu.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini