Stacy Juara Akademi Fantasia 6

Tahniah Stacy

After Linda Nanuwil(AF2), Felix(AF3) & Lotter(AF4) came close by winning 2nd place, the long awaited dream to see a Sabahan being crowned ‘Juara Akademi Fantasia’ is finally over. Congratulation Stacy!! Congratulation to all voters!! Give yourself a pat on the back for a job well done! Congratulations!! Congratulations!! Congratulations!! Alamakk..terlebih sudah!

Lagu-lagu yang telah dipersembahkan oleh Stacy ialah Atas Nama Cinta (Rossa) dan Aku Stacy (Lagu Baru).





Stacy, 18, anak kelahiran Kadazan dari Kg Tuavon, Penampang, SABAH dengan suara dan persembahan yang bertenaga telah memberikan persembahan terbaik bukan sahaja di peringkat akhir malah sejak bermulanya penglibatan beliau di dalam Akademi Fantasia. Usaha gigih beliau didalam Akademi ini telah membuahkan hasil sehingga beliau di iktirafkan sebagai Juara Akademi Fantasia 6 sekali gus menutup tirai pengajian didalam Akademi Fantasia 6. Ini merupakan titik permulaan bagi mengembangkan kariernya sebagai artis dan penghibur tanah air.

Berikut adalah kedudukan pelajar-pelajar lain:

RIZ (Naib Juara)
11 Januari (Gigi)
Hanya Sandiwara (Lagu Baru)

NUBHAN (Ke-3)
Bukan Di Sini (Sofaz)
Ada Untukmu (Lagu Baru)

TOI (Ke-4)
Cinta Zulaikha (Mawi)
Paling Terindah (Lagu Baru)

NADIA (Ke-5)
Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)

Keseluruhan persembahan akhir Akademi Fantasia Musim Ke-6 amat menghiburkan!

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini