Tasha putus hubungan dengan Aqasha?

Tasha putus hubungan dengan Aqasha tetapi mengakui masih menyayanginya

SAH! Bintang prelude Akademi Fantasia musim keempat, Natasha Nordin atau Tasha, 26 sudah putus dengan pelakon dan penyanyi, Aqasha. Itu diakui sendiri gadis jelita yang bakal muncul dengan single sulungnya berjudul Akhirnya Cinta ciptaan komposer tersohor, Ajai.

Tugu cinta yang terbina selama lima tahun runtuh, sudah ternoktah dan diharap tidak lagi menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak rentetan kenyataan Aqasha sebelum ini di dalam Hip, yang masih lagi berteka-teki mengenai status hubungannya dengan Tasha.





Menurut Tasha, dia sendiri dihubungi kawan-kawan yang masih keliru mengenai hubungan mereka. Bimbang takut dicop sebagai penipu, ia harus diperjelaskan.



“Mungkin ada pihak yang tersalah tafsir kenyataannya di dalam Hip sebelum ini. Mungkin apabila dia maksudkan masih bersama itu bererti dia masih berjumpa tetapi tidak bercinta lagi. Hakikatnya, kalaupun ada pihak yang ternampak kami bersama, hubungan itu tak lebih sekadar kawan. Tasha ada di majlis kahwin sanak saudaranya beberapa bulan lalu.

“Kami sah putus cinta sejak Februari lalu. Cinta yang terjalin selama lima tahun tak mampu lagi dipertahankan. Tasha yang meminta supaya hubungan itu tidak diteruskan lagi. Jalinan hubungan menjadi punca, semuanya sebagai jalan perdamaian dan ruang bermuhasabah diri di atas kekhilafan masing-masing. Siapa tahu perpisahan ini mungkin mampu memberi kesedaran kepada mereka untuk kembali menghargai cinta yang terpahat satu ketika dulu.

“Gosip yang melanda dirinya dengan Nasha itu mungkin secara kebetulan. Mungkin juga ada berlaku cinta lokasi seperti yang digembar-gemburkan. Kebetulan mereka berlakon dalam drama yang sama. Dia dan Nasha pula sedang berdepan dengan kemelut cinta masing-masing, tak mustahil jika mereka berkongsi dan meluahkan masalah kepada diri masing-masing. Saya pernah bertanya dia berhubung isu itu, tetapi dia menafikan wujud cinta antara mereka.

“Kami putus bukan sebab orang ketiga ataupun Nasha. Apa yang terjadi ini dilihat sebagai jalan perdamaian, masing-masing ada silap. Siapa tahu perpisahan antara kami ini mungkin bersifat sementara, jumpa selalu pun mesti jemu. Lalu, biarlah kami kekal sebagai kawan. Tak dinafikan, dia memang lelaki yang positif pernah Tasha kenal. Andai ada jodoh, mana tahu dia meminang Tasha ke, pasti Tasha tidak menolak kerana kami sudah lama mengenali hati budi dan keluarga,” gurau Tasha yang sudah pun menganggap keluarga Aqasha seperti keluarganya sendiri.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini