Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2


Drama bersiri Spa Q yang pernah menemui penonton TV3 menerusi slot Akasia Oktober tahun lalu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, drama siri 60 episod ini berjaya memperoleh jumlah penonton hampir mencecah 2 juta.


Bagi mengetahui kesinambungan siri ini, Spa Q 2 kini bakal menemui penonton TV3 dengan jalan cerita yang lebih menarik lagi. Sehubungan itu, satu majlis sesi ramah mesra bersama para pelakon Spa Q 2 akan diadakan untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai siri ini. Antara para pelakon yang akan hadir pada majlis ini termasuklah ialah Norish Karman, Jasmin Hamid, Zizie Ezette, Zaefrul, Azizah Mahzan, Fazren Rafi, Zaris Nellydya, Farahdhiya, Fouziah Gous, Nisha Dirr, Ifa Raziah, Liza Abdullah, Kanchana Devi, Sharifah Sofea, Faizal Yusuf, Ritz, Fizow Omar dan penampilan istimewa Dato’ Siti Nurhaliza. Drama bersiri Spa Q yang pernah menemui penonton TV3 menerusi slot Akasia Oktober tahun lalu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, drama siri 60 episod ini berjaya memperoleh jumlah penonton hampir mencecah 2 juta.

Jika khabar yang singgah ke telinga Zubir ini menjadi satu kenyataan, ini satu berita gembira buat industri hiburan negara, julung kalinya Siti bakal bergelar aktres!

Pun begitu, maklumat yang berjaya Zubir risik, penampilan Siti menerusi Spa Q 2 ini lebih kepada penampilan istimewa apabila dia hanya terbabit kurang daripada 15 babak saja. Zubir difahamkan, watak utama masih dipegang Norish Karman. Bagi Zubir, biarpun kemunculan Siti bukan sebagai watak utama, kelibatnya menerusi Spa Q 2 pasti dinanti peminat dan tak mustahil rating drama yang mengisi slot Akasia itu akan naik mendadak.

Walaupun Siti sendiri belum memberi sebarang pengesahan mengenai dirinya yang bakal bergelar pelakon, Zubir dan team B*Pop ingin mengucapkan tahniah kepada Siti dan syabas kepada syarikat penerbitannya, Global Station kerana berjaya memujuk Siti menerima pelawaan mereka. Yang pasti pencalonan Siti untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) akan datang bakal menyenaraikan Siti untuk satu lagi kategori, Pelakon TV Wanita Popular!


2 comments:

Tayangan Spa Q pada waktu petang tidak sesuai kerana kebanyakan peminatnya bekerja. Jadi...sila fikirkan tentang itu........

Untuk Siti, apa sahaha. Beliau menjadi inspirasi saya. Untuk leihat baju yang dibuat untuk Stiti. Klik disini

Entri Menarik Hari Ini