Black Juara Mentor Musim Ke 3 TV3

SHAH ALAM 12 Julai - Persembahan yang konsisten di samping memiliki bakat yang tersendiri menyakinkan pihak juri dan peminat untuk menobatkan Black, 22, sebagai juara program realiti terbitan TV3, Mentor musim ketiga yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam ini.

Sememangnya keputusan itu sudah dijangka oleh ramai pihak berikutan persembahan Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah yang tidak pernah mengecewakan sejak program itu bermula pada 3 Mei lalu.

Dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 75 peratus melayakkan Black membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000 serta sebuah kereta Kia Spectra 5 manakala mentornya, Mas Idayu pula memenangi RM100,000.

Mentor yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2005 itu menyaksikan Pija sebagai juara pertamanya manakala Fiq pula menggenggam gelaran itu pada musim kedua setahun selepas itu.

Dalam konsert akhir itu, Black telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Yuzai yang berjudul Aku Rindu Sayang Kamu.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Mus dan Shamrin menerusi lagu medley Di Alam Fana Cinta dan Sinar.

Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 52.8 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan adiknya, Stacy yang merupakan juara Akademi Fantasia keenam (AF6).

Hasilnya, Chaq dan mentornya, Ajai masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000.

Sementara itu, peserta paling muda untuk musim ini, Fira, 18, dan mentornya, Lah Ahmad pula terpaksa akur dengan keputusan apabila meraih tempat ketiga dengan jumlah markah keseluruhan 35.6 peratus.


2 comments:

tahniah kepada black...chaq dan fira..walaupun di tempat ke 2 dan ke 3, anda adalah juara kerana berjaya ke peringkat akhir..bermulalah karier sebagai anak seni... good luck untuk awak bertiga....

Dengar radio Malaysia online disini

Kami menyajikan pelbagai siaran radio online yang terdapat di Malaysia & Indonesia dalam satu paparan blog seperti Radio Suria.FM, Radio Era.FM, Radio Sinar.FM dan banyak lagi, selain itu terdapat beberapa radio yang jarang kita dengar tetapi berada di Malaysia seperti Radio Rileks.FM, Radio Pokpet.FM, Radio Cinta.FM, Radio Gempakz.FM dan banyak lagi. Sila klik pada pautan dibawah untuk mendengar siaran radio secara percuma dan terhangat. Sila klik disini XY Malaysia Radio Online. Atau anda juga boleh menaip keyword ini "XY Malaysia Radio Online" atau "XYradioonline" di Google Search atau Yahoo Search, sekiranya terlupa alamat blog ini. Semoga terhibur.

*Untuk mendengar radio FLY.FM & HOT.FM, sila download "Plugin" yang telah disediakan didalam blog tersebut.

Entri Menarik Hari Ini