Mizz Nina Jelaskan Lagu What You Waiting For



Nampaknya semakin hangat komen-komen anda semua tentang lirik lagu Mizz Nina yang katanya menjatuhkan maruah gadis Melayu. Semua orang ada pendapat masing-masing tapi meh kita dengar pendapat dari tuan punya lagu itu sendiri. Kata Mizz Nina:-

Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan. Memang saya akui liriknya agak ‘nakal’ tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu/

Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memprovokasi khalayak dengan lirik lagu yang begitu tapi bagi saya ia hanyalah sebuah lagu. Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalakkan atau mengagungkan gaya hidup masyarakat Barat pula. Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini