EKIN Masih Belum Mengandung

Kalau belum rezeki, apa nak dikata... demikianlah kesimpulan yang boleh diketengahkan mengenai pasangan suami isteri Mawi dan Ekin. Meskipun sudah puas berusaha, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

“Setakat ini saya memang sedang berusaha untuk mengandung tetapi melalui rawatan tradisional sahaja seperti urut tradisional dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba.

“Namun begitu untuk melakukan kaedah tabung uji itu kami belum bersedia. Saya banyak dengar cerita tentang rawatan tersebut sangat sakit,” ujar Ekin dipetik sebagai berkata. Dia sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sejak berkahwin.

“Kalau boleh memang saya ingin anak sekurang-kurangnya seorang pun jadilah. Insya-Allah jika enam tahun lagi masih tiada rezeki kami akan mengambil anak angkat.





“Dalam tempoh tersebut kemungkin kami lebih bersedia, yalah untuk ambil anak angkat juga memerlukan tanggung jawab yang berat sebab kita membela anak orang lain,” ujarnya sempena genap dua tahun dia melayari bahtera perkahwinan dengan Mawi pada 20 Disember lalu.

“Saya bersyukur Mawi memahami keadaan ini dan dia juga sentiasa memberi semangat kepada saya. Kami menyerahkan kepada Allah mengenai anak,” ujarnya lagi penuh tabah.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini