Malaysia vs Singapore Live! Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014

Live Malaysia vs Singapore Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014

Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang baik ketika perlawanan persahabatan menentang team besar EPL, Arsenal dan Liverpool tetapi semuanya tiada makna sekira prestasi tidak dapat dicurahkan semasa perlawanan Malaysia menentang Singapore untuk Kelayakan Piala Dunia 2014.

Malam ini adalah detik penentuan Harimau Malaya untuk bangkit. Sokongan padu peminat ternyata begitu membanggakan apabila 85,000 tiket telah habis dijual. Namun ada pihak mendakwa kehabisan tiket adalah disebabkan oleh ‘pembiakan’ ulat-ulat tiket yang tidak terkawal.


Kembali sejukkan keadaan, ada war-war Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan mahu memastikan kubu terakhir skuad negara kebal daripada asakan Singapura. Memang dasyat. Korang nak tahu.

Sila baca lagi kat bawah apa strategi Datuk Rajagopal kita ni.

Gurau Senda HIBURAN MENJELANG PERTEMUAN MALAYSIA VS SINGAPORE

25 JULAI – Ekoran berang dengan kekalahan 3-5 kepada Singapura, Datuk K Rajagopal mengambil langkah drastik dengan menyenaraikan dirinya selaku penjaga gawang nombor satu negara. Semalam, ‘paparazzi’ berjaya merakam gambar beliau sedang berlatih di padang Wisma FAM.

“Saya terpaksa mengambil alih posisi penjaga gol supaya dapat memantau barisan pertahanan negara agar Harimau Malaysia tidak bolos lagi dengan jaringan yang besar’” katanya sambil senyum manja.



KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA vs SINGAPORE : 3 – 5

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini