Kontroversi Hebat Dang Suria Biadap, Dikritik Hebat dan Suntikan Botox!


Nama yang tidak asing lagi di persada seni tanah air, Dang Suria yang kini telah muncul dikaca TV didalam Program ON AIR. Ramai penonton yang menonton rancangan tersebut tidak puas hati dengan komen komen bodoh yang keterlaluan mengenai mengkritik rupa paras dan fizikal peserta rancangan tersebut. ON AIR merupakan sebuah rancangan pencarian penganti dalam bidang pengacaraan yang di kendalikan oleh Aznil Nawawi.



Kritikan keterlaluan itu dianggap biadap dan kurang ajar ke atas peserta rancangan itu dan secara tidak lansung telah mengaibkan maruah individu berkenaan.

Kenyataan spontan berbunyi, “Memang budak tu tak handsome langsung, saya rasa penonton akan tukar channel sebab benci tengok muka budak tu tak handsome, sorryla dia mmg tak layak” juga disifatkan sebagai terlalu angkuh untuk dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenali ramai.

Setelah sekian lama tidak di kaca TV kini kemunculan Dang Suria turut menerima respon daripada penonton yang mempersoalkan perubahan wajahnya. Dang Suria telah didakwa mengamalkan suntikan Botox, terutamanya di bahagian bibir. Benar atau Tidak kita tunggu pengakuan darinya.



Kontroversi Hebat Dang Suria Biadap, Dikritik Hebat dan Suntikan Botox!

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini