Ozlyn telah menyerang Johan Raja Lawak secara LIVE

Raja Lawak yang sedang mengetop di Malaysia, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak yang sering kali mampu membuatkan peminat-peminat tidak kering gusi dengan lawak yang ditampilkan.

Lawak yang sambil lewa dibuatnya sudah menjadikan orang ramai terhibur dengan aksi dan keletah lucunya.

Walaubagaimanapun, dalam sikapnya yang bersahaja dan kadang-kadang ‘lepas mulut’ dalam mengeluarkan lawaknya, Johan tidak terlepas dari terkena ‘balasan’ dengan lawak sendiri.

Bulan lepas, sewaktu mengacarakan rancangan Riuh Pagi Era, Johan dengan ‘selambanya’ mengatakan sesuatu tentang perihal isterinya, Ozlyn di dalam segmen Sketsa Johan Di Era yang bersiaran dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam segmen itu, Johan telah membuktikan kekuasaannya di rumah tentang bagaimana menjalankan ‘kuasa’ sebagai seorang suami.

Rakaman suara rancangan tersebut yang terdapat dalam Youtube memang membuatkan penulis tak tahan untuk gelak mendengarkan perbualan antara Johan dan isterinya di mana Johan secara tiba-tiba ‘takut’ dan menafikan cakap-cakapnya sebelum itu.

Akibat dari lawaknya, Ozlyn telah ‘menyerang’ Johan secara ‘live’ dengan membuat panggilan ke radio itu setelah mendengar siaran segmen tersebut di rumah dan menyamar sebagai orang lain.

Mungkin itu hanyalah gurauan antara pasangan tersebut yang sentiasa ingin mengharmonikan hubungan sesama mereka.

Cuba lihat rakaman tersebut memang terlalu lawak!

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini