Saiful Apek Gitu Gitu Mungkin Akan Dipenjara positif Dadah



Terang gelap teranng gelap semula, itu lah liku liku artis kita, kini berita tergempar Saiful Apek akan di penjarakan? Berikut adalah kisah kejadian tersebut.
Tahun lalu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway.

Ekoran daripada itu, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah. Perbicaraan kes yang berlangsung beberapa hari lalu dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

Dalam serbuan pada 10 Jun 2010 itu, Apek bersama rakan-rakannya diarahkan membuat ujian air kencing dan hasil dari ujian air kencing tersebut, Apek dan tiga rakannya itu didapati positif dadah jenis ganja.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini