Tasha Shilla Kaki Kelab Malam? Why?

Sipnosis: Who does not know that actress Tasha Shila popular drama "April Flowers" on TV3, Tasha Shila has rebut negative speculation that plagued him after the elation of the public before he was due to alleged disorderly behavior and is willing to dance with passionate action in a night club when birth anniversary of the 25th on 25 January.

Baca Petikan tersebut:

Siapa tak kenal Tasha Shila iaitu Pelakon popular dengan drama "Bunga April" di TV3, Tasha Shila telah menangkis spekulasi negatif yang melanda dirinya selepas menjadi bualan orang ramai sebelum ini disebabkan kononnya dia berkelakuan tidak senonoh dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Apa yang telah dimaklumkan Tasha Shila pergi ke kelab malam untuk tenangkan fikiran. Rasanya Tasha Shilla perlu pergi kelas menjawab soalan-soalan wartawan. Rasanya tak perlu untuk beritahu wartawan yang anda akan tetap ke kelab malam selepas dilanda kontroversi baru-baru ini. Nampak macam memalukan diri sendiri sahaja. Berikut adalah Statement yang diberikan.



Kata Tasha Shilla:-


Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi. Saya tidak akan menilai seseorang itu jahat sekiranya mereka pergi ke kelab malam.

Memanglah kalau pergi ke kelab malam tak akan automatik orang itu jahat. Namun orang kata, tak perlulah nak beritahu semua orang tentang aktiviti anda yang tak berapa molek di mata masyarakat. Cukuplah beritahu saya sudah insaf dan akan cuba memperbaiki diri. Tak perlu rasanya nak tambah part “tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi”.

Kepada Tasha Shilla, daripada anda pergi ke kelab malam, lagi baik rasanya anda pergi ke kelas komunikasi untuk belajar memberikan jawapan yang bernas apabila disoal oleh wartawan.


kata kata hikmah : Adakah dengan memberitahu pada wartawan yang dia akan tetap pergi ke kelab malam itu satu kepuasan atau menunjukkan keegoannya bahawa kata kata masyarakat itu salah. Cuba renungkan seketika, adakah dengan rupa muka yang menarik anggun pergi ke kelab malam boleh menangkis apa orang sekeliling ingin perkatakan bagaimanapula dengan hukum halal / haram ? Mengapa Kelab Malam satu sumber inspirasinya untuk menenangkan fikiran? But Why there? Why Why tell me Why?

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini