Biodata Izara Aishah Makin Popular selepas Vanila Coklat

Pasti anda mengenali Izara Aishah yang berlakon didalam Drama Vanila Coklat. Kini pelakon tersebut telah menghiasi cover majalah BY U dan Majalah RAPI. Memang cantik dan ada bakat tersendiri yang boleh di asah untuk pergi jauh. Di harapkan Izara ini akan menang anugerah artis baru wanita paling popular di ABPBH 2011 malah dimurahkan rezeki berlipat ganda.

Apa yang istimewanya Izara Aishah ini nama nya popular bukan disebabkan Kontroversi macam artis artis baru tetapi dengan talent dan bakat yang ada.





Berikut adalah petikan Izara Aishah dari majalah Kosmo


Mungkin saya masih lagi baru dalam bidang ini dan ia antara salah satu sebab saya jarang dikaitkan dengan kisah-kisah hangat. Apa pun kontroversi adalah perkara yang seboleh-bolehnya saya cuba untuk elakkan.

Namun, apabila mengambil keputusan untuk menceburi bidang lakonan, saya akui tetap tidak akan dapat lari daripada melalui kontroversi dan memang saya sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang.

Adakalanya kontroversi terjadi tanpa dijangka dan saya tidak mahu ia menjadi batu loncatan untuk cepat popular. Saya yakin tanpa kontroversi seseorang pelakon itu masih boleh dikenali ramai, asalkan menampilkan lakonan bermutu dan digemari ramai


Kalau anda peminatnya, jangan lupa LIKE Facebook Izara Aishah.
http://www.facebook.com/pages/Izara-Aishah/192655384114607


Profil Izara Aishah

Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun pada tahun 2011
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah, Soffiya, Juvana dan Jejaka J
Telefilem: Hantu Gigi

1 comments:

Hurm..aku terlepas episod akhir cerita ni kat tv..adeh

Entri Menarik Hari Ini