Pasukan Hoki Malaysia Gagal Ke Olimpik London 2012 setelah terikat 1-1 dengan Ireland

Pasukan hoki negara terlepas peluang ke Olimpik London selepas seri 1-1 dengan Ireland pada pusingan kelayakan di Dublin, Ireland Sabtu.

Ireland yang mengumpul 13 mata menerusi perlawanan itu, berbanding Malaysia 12 mata, akan bertemu Korea Selatan pada perlawanan akhir esok yang bakal menentukan kelayakan untuk beraksi pada sukan Olimpik London, Julai ini.

Anak-anak buah jurulatih Tai Beng Hai bermula baik, dan meskipun diancam pukulan sudut penalti oleh Ireland pada minit ke-7, gawang negara berjaya diselamatkan penjaga gol kebangsaan S.Kumar.

Gol penyamaan dari Ireland (Malaysia seri 1-1 Ireland)

Kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama sebelum Nabil Fiqri Mohd Noor menjaringkan gol Malaysia pada minit ke-40.

Pasukan tuan rumah, bagaimanapun, berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh John Jerymn 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Apa apa pun malaysia sudah bermain dengan baik pada perlawanan tersebut malah nasib belum menyelebahi Pasukan Malaysia.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini