Scha Al-Yahya dilamar Awal Ashaari Secara Terbuka dalam set Propaganza

Sungguh aneh dan romantik pasangan Awal Ashaari dan kekasihnya Scha Al-Yahya dimana Awal Ashaari telah membuat kejutan yang tidak pernah dilihat mana mana artis yang melamar pasangannya di set sesuatu rancangan. Hari ini Awal Ashaari telah memecah tradisi tersebut dengan melamar secara rasmi menerusi set Propaganaza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.

Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.

Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.

Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan itu sebagai tetamu jemputan.


Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.

Semenjak 18 Mac lalu, Propaganza telah bersiaran setiap hari Ahad di Astro Ria saluran 104 pada jam 12 tenghari .

Video

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini