Dira Pengacara Melodi terlibat Insiden Pijak Muka Mangsa?

Gempar! Kecoh! pelbagai teka teki spekulasi pengacara tersebut yang telah menafikan insiden Sepak dan Pijak Muka Mangsa sehingga mangsa di masukkan ke hospital.

Kami telah terbaca di satu laman yang mengatakan pengacara tersebut adalah Khaidhirah Abu Zahar, 28 iaitu Pengacara Melodi.

Berikut adalah sekeping kertas bersaiz A4 sebagai salinan laporan polis.




Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan.

"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini.

"Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tinggi.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini