Isu ABPBH - Aaron Aziz, Zed Zaidi, Datuk Siti Nurhaliza di hentam- Blogger Politik PapaGomo dan Parpu Kari Campur Tangan


Hebat, Sedih, Mengamuk, Lepas Geram, Maki itu lah yang dibualkan ketika ini apabila ABPBH menobatkan Aaron Aziz sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular dalam Malaysia ini.

Nampaknya perang antara Zed Zaidi dan Aaron Aziz sudah menjalar ke peringkat luar biasa apabila blogger yang sangat sinonim dengan politik memberi padangan masing masing melalui komen di blogger mereka.

Apa yang menariknya isu hangat ini apabila sesetengah artis menyokong kemenangan Aaron Aziz dan ada pula yang membantah apatak nya Anugerah di Malaysia tetapi yang juara adalah Artis bukan dari Malaysia.

Nama yang tidak asing lagi iaitu Datuk Siti Nurhaliza juga telah mendapat maki special dari pengunjung pengunjung blog yang mengatakan, sebelum membuat pandangan seharusnya pikir masa depan Industri Artis DiMalaysia lebih lebih lagi Artis Malaysia yang ingin mencari punca rezeki di Malaysia.

Mari Kita Renungkan Hujah Hujah Penulis

Petikan dari laman Zed Zaidi

HEBAT SANGAT KE ARTIS LUAR NI?

Assalamualaikum kepada semua... wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. "AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT" dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip " WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN " dan " KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! ".

Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm...

Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni... aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm... kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!

WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA...!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM... DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Setahu aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.

Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii... macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!

Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah... cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je... lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.


Berikut adalah petikan dari parpukari

OH! Ada satu benda lagi aku nak cakap pasal ABPBH ni, aku dengar Siti NurHaliza sudah herdik sama Zed Zaidi pasal dia pertikai mamat Singapork tu menang, KLIK SINI

Siti, aku nak cakap sikit la ya, aku rasa negara kita ni tak le ketandusan pelakon sampai kita nak angkat orang-orang SINGAPORK jadi Champion ok, kepada rakyat malaysia yang memilih Aaron tu, bawak0-bawak la bertaubat sikit. Apa nak jadi dengan korang ni?

Apa negara kita dah takde palkon yang boleh tandingi mamat Singapork tu ke? mmat tu dok bangga tunjuk IC Singapork dia sampai orang terperasan tangan dia berkurap tu tak sedar ke bahawa dia sayangkan negara dia?

Berita Harian pun satu hal, yang hangpa dok pi bagi si Aaron tu buat apa? Kenapa pengarah berkaliber seperti Kabir Bhatia tak dibenarkan masuk dalam pertandingan? Sebab dia orang India so tak boleh la ya?

Double standard apa ni? Satu boleh sebab SINGAPORK, satu lagi tak boleh sebab dia dari INDIA? Kalau nak BAN, kasi ban semua la. lagi pun Khabir tu ambik pelakon semuanya orang tempatan, banyak drama dan filem dia memang terbaik.

So Siti, think before you talk. Kepada brader ZED ZAIDI wa sokong lu bro! Kasi stop semua imigran berlakon kat sini, kalau tak nak stop gak, lepas ni kita ambik pekerja kontrak Indon dan jadikan mereka hero ya!

sumber

Ini pula komen dari Papagomo website


Gomo langsung tidak bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Parpu Kari dalam blog beliau berhubung kemenangan Aaron Aziz tempoh hari. Pada pendapat Gomo Parpu Kari Naif sama sekali kerana tidak peka akan dunia semasa hari ini. Apa salahnya Aaron Aziz memenangi Anugerah Bintang Paling Popular dalam Malaysia ini? Dimana pula yang menyatakan ada akta bahawa setiap Anugerah Bintang Popular mesti diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja?

Parpu Kari dan juga mereka yang mengkritik kemenangan Aaron Aziz sepatutnya lebih cerdik dalam hal ini kerana mereka harus ingat bahawa setiap pemenang Anugerah Bintang Harian adalah ditentukan oleh para pembaca melalui undian yang diadakan. Kemenangan yang bukannya ditentukan oleh seorang individu mahupun pihak Berita Harian sebaliknya ditentukan oleh para pembaca itu sendiri. Majoriti pembaca Berita Harian sudah memutuskan untuk memberikan kemenangan Anugerah Bintang Popular kepada Aaron Aziz. Kemenangan melalui sistem demokrasi dan bukannya konspirasi sehingga memberikan kemenangan kepada Aaron Aziz.
Sumber

Mari kita kasi komen apakah pandangan kita pula berkenaan isu isu seperti ini, adakah anda sanggup melihat industri malaysia dimonopoli oleh artis luar negara?

2 comments:

ini kes antara zed zaidi ngan aaron aziz. ape ke hal Dato siti nurhaliza campur tangan? tunjuk baik ek sudah2 la

Seriously, PK, in the first place get it right. Its SINGAPORE, not SINGAPORK. Like to look down on other country, ay? You're really a conservative person. Look, Aaron Aziz won through his hardwork. And the one getting the spotlight is also him, not you. So why get affected so much? Other artists don't comment much, then why bother? Oh ya. Not only to PK but to others who disagrees to Aaron Aziz's victory. And to those who supports Aaron Aziz & artists from other countries who share the same land and same opportuinity as the rest, congratulations! You're a true fighter!

Entri Menarik Hari Ini