Miera Liyana - Luka Masih Berdarah

Kerana Cinta, Miera Leyana Kasmi atau Miera Liyana, 19 sanggup buat apa sahaja demi kekasih. Malangnya segala pengorbanannya selama ini buat untuk bekas kekasihnya Shahz Jaszle Jasmin, hanya lah sia sia apabila berakhir Putus selepas berkawan selama tujuh bulan lebih.

Apabila disebut nama bekas kekasihnya, Miera enggan mengulas apa yang telah berlaku, tetapi dengan pengakuan yang dibuat seakan mengetahui bahawa hati dan perasaannya dipermainkan. Jika tidak, mana mungkin gadis bertubuh lampai itu menjadi begitu marah setiap kali menjawab soalan perihal hubungan cintanya bersama Shahz Jaszle.



Ikuti petikan yang diambil dari hmetro

Hadir di sesi fotografi khas bersama Selebriti Metro Ahad baru-baru ini, Miera yang mula membabitkan diri dalam bidang lakonan seawal usia 15 tahun, kelihatan agak tenang berbanding sebelum ini. Katanya, dia sudah boleh menerima kenyataan.

Di sebalik rasa kecewa dan marah sebelum ini, akui Miera, sebenarnya kini baru dia sedar segala terjadi ada rahmatnya. Peristiwa dilalui dijadikan pengalaman untuk mengenali sisi sebenar lelaki.


Ia boleh dijadikan bekalan untuk lebih berhati-hati sebelum mengungkapkan rasa cinta. Apatah lagi dia masih muda dan banyak lagi perkara membabitkan soal hidup yang perlu dilalui untuk dipelajari.


Akuinya, soal marah kini sudah tiada tetapi kesan luka akibat dikecewakan akan terus kekal. Begitupun, dalam berusaha berhadapan dengan situasi itu, hatinya sekali lagi dicuit. Kali ini pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Luna Fantasiku dan Apa Itu Cinta, bakal bergandingan dengan orang yang melukakan hatinya dalam drama terbaru terbitan Astro, Harapan.

“Sewaktu tawaran datang pihak produksi memberitahu mereka belum bertemu dengan hero yang akan digandingkan bersama saya dalam drama 26 episod itu, sehinggalah selepas menandatangani kontrak, mereka memberitahu bahawa saya bakal digandingkan dengan Shahz Jaszle.



“Mendengarkan namanya, hati saya berderau. Pelbagai soalan bermain di kepala tetapi saya sedar dunia hiburan di Malaysia kecil, hendak lari ke mana pun pasti akan bertemu. Saya harus bersikap profesional kerana ini kerja. Mahu atau tidak, saya harus lalui juga,” katanya.

Kata Miera, sebagai pelakon dia sangat mementingkan mutu produksi terutama jalan cerita menarik. Atas alasan itu, dia menerima tawaran membintangi Harapan. Sayang sekiranya watak bagus itu ditolak hanya kerana mahu melayan jiwa rawan, sedangkan watak yang bagus tidak selalu datang kepada pelakon sepertinya.

“Selepas menandatangani kontrak, saya tidak mahu melayan segala bisik hati. Segala pengalaman yang dilalui sewaktu bersama dulu harus dilupakan dan berfikir secara positif. Sebenarnya, segala pahit manis yang pernah kami lalui bersama boleh digunakan untuk menjayakan drama ini.

“Kami akan memegang watak sebagai pasangan kekasih. Pastinya pelbagai plot ada dalam skrip drama terbabit termasuklah saat manis berkasih, marah dan bergaduh. Semuanya ada. Jadi segala perasaan yang ada dalam diri saya terhadapnya boleh saya salurkan untuk watak bakal dijayakan.

“Itu juga harapan saya, agar apabila penonton menyaksikan Harapan nanti, mereka melihat kami berjaya membawakan watak masing-masing. Saya tidak mahu mewujudkan rasa kekok apabila bekerja dengan bekas kekasih. Itu bukan prinsip saya. Apabila bekerja, saya akan bekerja bersungguh-sungguh. Soal peribadi harus diletak ke tepi,” katanya.

Kemungkinan cinta yang putus kembali bertaut apabila kembali menjayakan Harapan, Miera melihatnya dari sudut positif dan tidak mahu memberikan komen sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.

Jelasnya, soal jodoh dan pertemuan ketentuan Tuhan. Dia tidak berani hendak mengatakan perkara itu tidak berlaku kerana bimbang jika hati berubah nanti, dikatakan tepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri.

“Pengalaman bersamanya banyak mengajar saya dan seharusnya saya berterima kasih kepadanya atas pengalaman itu. Sekarang saya tidak mahu fikir soal cinta. Bohonglah kalau saya kata tidak sedih dengan apa yang terjadi.

“Kadang-kadang hati terasa sunyi tanpa insan bergelar kekasih. Tapi saya masih muda, memiliki kekasih bukanlah keutamaan sebaliknya saya mahu fokus kepada kerjaya terlebih dulu. Satu lagi perkara yang saya belajar dari semua ini, jangan kita mencari cinta sebaliknya biarlah ia datang dengan sendiri,” katanya.


Nasihat dari G.A.M lain kali kalau nak beri maruah sekali pun biarlah berakhir dengan perkahwinan. Jangan ikut perasaan nanti merana...

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini