Pengakuan Sham Kamikaze Isu Isteri Kedua - Nurul Halimin

Gempar, Panas dan Sensasi, Sham Kamikaze iaitu seorang gitariz ahli kumpulan kamikaze, telah mempunyai isteri kedua tetapi masih menafikan mengenai perkahwinan mereka.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8). Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu. Mengapa Sham Kamikaze menafikannya?

“Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?

Farazila - Isteri pertama sham kamikaze


“Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah,” katanya kepada mStar Online di sini Jumaat.

Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu .

Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

“Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi,” ujarnya.


Keluarga Nurul Halimin Kakak Maulana dipercayai Isteri Ke 2 Shah


Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.

“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.

sumber mStar

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini