Proton Prevé Test Drive Car Kemalangan!

Isu Hangat - Gambar Model Proton Preve yang dilancarkan baru baru ini telah terlibat satu kemalangan. Seperti yang telah dimaklumkan kepada rakyat malaysia untuk memiliki Proton Prevé anda bolehlah membuat booking model tersebut dan sekali gus diberikan keutamaan untuk memandu uji kereta itu. Dengan Slogan yang jitu PREVE TEST DRIVE CAR - "DRIVE IT TO BELIEVE IT" telah menimbulkan tanda tanya berkenaan kualiti kenderaan tersebut.

Melalui gambaran yang dilampirkan kelihatan Proton Preve telah mengalami kerosakkan dibahagian depan. Apakah puncanya masih didalam Siasatan Proton.





Menurut sumber yang boleh dipercayai dari Sumber


Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

Bagi saya kemalangan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mengkritik model Preve. Cuba anda pikir secara rasional, model kereta mana di dunia ini yang tidak pernah terlibat dalam kemalangan? Setiap kemalangan yang berlaku berkait rapat dengan kebolehan seseorang pemandu itu sendiri, kebiasaannya kemalangan berlaku disebabkan oleh faktor kecuaian manusia.


sumber gambar : forum.lowyat.net & forum.lowyat.net/topic/2315001

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini