Shida Yaacob Supermodel Malaysia Meninggal Dunia



Takziah G.A.M ucapkan kepada seorang supermodel Malaysia, Shida Yaakob setelah meninggal dunia semalam. Shida Yaacob merupakan model terkenal di awal 90-an kini telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang sudah lama dihadapinya.

Tahap kesihatan Shida dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini dan telah menghenbuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3 pagi di rumahnya di Damansara.

Arwah yang cukup terkenal di 'runaway' dan iklan komersial meninggal pada usia 41 tahun. Sebelum ini arwah sudah lama meninggalkan dunia model dan fokus pada perniagaan yang dimilikinya. Jenazah arwah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas. Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini