Video Berita TV3 & Video Sebenar Kejadian Kereta Polis Diterbalikkan Berhampiran SOGO Perhimpunan Bersih 3.0

Kepala Pecah dilanggar kereta polis?
Sebuah kereta peronda milik pihak polis telah diterbalikkan oleh sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0 petang tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam empat petang. Kereta pegawai penyiasat polis itu dikatakan sedang melalui laluan berhadapan kompleks membeli belah SOGO. Peserta demonstrasi dikatakan membaling objek dan terkena anggota polis yang memandu kereta ini. Ia menyebabkan kereta ini terbabas.

Kumpulan peserta demonstrasi yang melihat kejadian kemudian mengerumuni kenderaan ini. Mereka seterusnya memecah dan menendang kereta ini sebelum menterbalikkannya. Difahamkan tindakan tersebut berlaku selepas didakwa melanggar penyokong Bersih 3.0 di situ. Kejadian tersebut telah menjadi isu, siapakah yang bersalah? Pemandu kereta ke atau penyokong bersih?

Dikatakan pula video yang ditayangkan di Berita TV3 telah diedit. Sama-samalah kita tengok video dibawah dan anda nilailah sendiri.

Video di Berita Utama TV3


Video Kejadian Sebenar Perhimpunan Bersih 3.0



Apa pandangan anda?

2 comments:

mereka ni tak bertamadun. mereka memalukn Islam.

Yg salah pendemo. Bila baling batu pecah cermin kereta pemandu hilang kawalan dan terbabas. Bila terbalikan kereta tak ada pun mangsa bawah kereta. Lain pulak, bila berlaku musibah spt kecurian, disamun di rompak pandai pula cari polis untuk bantuan. Ini lah manusai baju kotor tak tahu berterima kasih.

Entri Menarik Hari Ini