Video Gempar Bumi 11 April 2012 Acheh rasai di Malaysia


Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, Amaran Tsunami Di Georgetown & Port Dickson bakal merasi impak gegaran daripada fenomena tersebut.

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

UPDATE SEMASA:



Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.

Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.

Bekalan elektrik dilaporkan sudah terputus di seluruh Bandar Aceh. Bandar Aceh dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini