Juara Mania Milik Hafiz RM 500,000


Sekali lagi Hafiz telah menjadi pilihan para pengundi setelah ditabalkan sebagai juara Mania yang pertama Konsert Akhir Mania yang berlansung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil

Dengan Kemenangan itu Hafiz telah memenangi Hadiah wang tunai RM500,000 iaitu milik Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Kemenangan Hafiz yang berada di Empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani juga menghadiahkan produser tersebut wang tunai berjumlah RM300,000.
Manakala Naib Juara Mania telah dimenangi oleh Stacy yang menerima RM200,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor dengan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Berikut adalah kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup.

1. Hafiz - 28%  - JUARA
2. Stacy - 22%  - NAIB JUARA
3. Jaclyn Victor - 22%  - TEMPAT KETIGA
4. Hazama - 19%
5. Aril - 9%


Konsert Mania! Akhir telah diserikan lagi dengan persembahan daripada Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu-lagu hasil ciptaan ketiga-tiga Produser Mania! Konsert Akhir ini juga diserikan lagi dengan persembahan daripada Wings.

Berikut adalah senarai lagu yang dinyanyikan oleh para finalis Mania pada konsert akhir

Empayar Biru

Jaclyn Victor:
1) Arjuna (Dewa) duet bersama Tiar Jinbara
2) Kenangan Terindah (Samsons) + Gemilang (Jaclyn Victor)

Empayar Merah

Stacy:
1) Takkan Melupakanmu (Radja)
2) Cinta (Melly Goeslow & Kris Dayanti) duet bersama Fiq Mentor

Hazama: 1) Saat Ku Idamkan (Amy Search)
2) Kepadamu Kekasih (M.Nasir) duet bersama Datuk Hattan

Empayar Hijau

Hafiz:
1) Beribu Sesalan (3 Suara) duet bersama Sarah Raisuddin
2) I Believe I can Fly (R.Kelly)

Aril:
1) Starlight (Muse)
2) ISabella (Search) duet bersama Ari Lasso


Akhir kata, G.A.M ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya.


0 comments:

Entri Menarik Hari Ini