Kerajaan Umum Gaji Minimum Sektor Swasta RM 900 - Julai 2012

Baru baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kadar gaji minimum sektor swasta semalam. Berita baik untuk semua pekerja sektor swasta dimana gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung ditetapkan pada RM900 dan RM800 (RM4.33 sejam) bagi Sarawak, Sabah dan Labuan (RM3.85 sejam).

Ini merupakan berita baik , buat semua perkerja bawahan dimana gaji setiap individu minimum  sama buat mereka memulakan alam pekerjaan Sektor Swasta.

Pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.
Menurut sumber MTUC kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar pada tahun 2010.MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.


Sementara itu, Najib berkata, Kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan.


Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

 “Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

 Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara,” katanya.

Gaji minimum ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Najib juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.

Bagaimanapun, Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.

Kerajaan Umumkan kenaikan Gaji akan berkuatkuasa pada Julai 2012.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini