Kereta Yuna Kena Pecah, Yuna Kerugian RM 5,000 Ribu

Penyanyi Sensasi, Yunalis Zarai telah mengalami kerugian dalam RM 5,000 selepas keretanya telah dipecah di area Subang Jaya, pagi semalam.

Penjenayah telah berjaya melarikan set radio kereta dan dua gitar berharga termasuk milik penyanyi didikannya Diandra Arjunaidi.

Pemain gitar yang sering mengiringi persembahan Yuna iaitu Farhan Fadzlishah atau Pa’an meminjam kereta Yuna untuk pulang ke rumah keluarganya di Subang Jaya. Lebih kurang jam 5:30 pagi, Bapa Pa’an terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi bising di bahagian garaj rumahnya.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan kes itu.

Nasihat G.A.M sentiasalah berhati-hati dan jangan sesekali biarkan barang berharga dalam kereta tanpa sebarang jagaan rapi.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini