KONSERT THE LEGENDARY CONCERT 2012 | GABUNGAN 4 LAGENDA


4 Lagenda terkenal tanahair kini telah bergabung bagi menjayakan konsert The Legendary Concert 2012- Dulu, Kini dan Selamanya anjuran Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd ketika G.A.M sedang melayari laman website MAYBANK2u (www.maybank2u.com.my).

Nama artis terlibat terdiri daripada Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah. Pemilihan artis ini berdasarkan  pada keupayaan, populariti dan komitment kepada masyarakat sejak bergelar anak seni sehingga namanya terpahat dimulut peminat sehingga kini.

Peminat-peminat yang ingin melihat konsert ini bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual pada harga RM100, RM200, RM300 dan RM600. Untuk maklumat lanjut tentang konsert ini, sila layari www.legendary.my

Berikut adalah Jadual Konsert Jelajah The Legendary Concert 2012 :

    Kota Kinabalu, Sabah (5 Mei 2012)
    Pulau Pinang (19 Mei 2012)
    Johor Bahru (26 Mei 2012)
    Kuching (23 Jun 2012)
    Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun 2012)

Lebih menarik, konsert ini bakal menjelajah ke lima lokasi berbaza yang dimulakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei ini diikuti Pulau Pinang (19 Mei), Johor Bahru (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan sebagai penutup, empat penyanyi ini akan menggamatkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun depan.

Menurut sumber G.A.M terima, hampir kesemua tiket VIP yang berharga RM600 habis dijual sejak sebulan lalu. Ini merupakan petanda positif bahawa konsert ini menjanjikan persembahan terbaik pada hari tersebut.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini