Senarai Pemenang Nombor Plat "WWWW" 1 hingga 20

Ternyata bidaan nombor plat yang begitu unik ini, rata rata dimenangi oleh kalangan VVIP seperti Sultan, YB, Datuk, Tan Sri dan Menteri. Agak sukar untuk melihat tidak berpangkat memenangi bidaan No Plat ini.

Selepas tertanya-tanya siapakah individu yang membuat bidaan tertinggi terhadap plat kereta WWW 1 akhirnya sudah terjawab. Ramai yang telah menjangkakan Sultan Johor bakal memiliki Bidaan itu dan ternyata Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Jadual Senarai Pemenang "WWW"


Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Tahniah kepada pemenang dan Nombor Plat "WWWW" 1 merupakan jumlah terkini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia. -isu-hangat-

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini