Tukang Urut Saman Travolta 6 juta?


Barangkali anda mesti berasa pelik apabila Tukang Urut boleh saman Travolta sebanyak AS$2 juta (RM6 juta). Berita ini disampaikan apabila Tukang Urut memfailkan saman ke atas Johan Travolta.

Menurut laporan daripada Reuters, kandungan dalam dokumen mahkamah yang difailkan lelaki itu mendakwa aktor “The Punisher” itu melakukan serangan seksual dalam dua kejadian berasingan ketika dia bekerja bersama Travolta.

Identiti lelaki kedua ini tidak didedahkan, dia hanya dirujuk sebagai John Doe No 2 memberitahu Travolta meraba kakinya dan menyentuh kemaluannya sebelum cuba untuk memulakan aksi seks dalam temu janji di bilik hotel disewa aktor terbabit. Kejadian berlaku di Atlanta pada 28 Januari lalu.

 Dakwaan yang dibuat John Doe No 2 itu selari dengan kenyataan yang dibuat mangsa pertama atau lebih dikenali dengan panggilan John Doe No 1. Dia juga merupakan seorang tukang urut Texas yang telah menfailkan aduan lebih awal minggu lalu.

Lelaki terbabit berkata, aktor tersebut melakukan serangan seksual ketika dia sedang mengurut di Hotel Beverly Hills pada 16 Januari iaitu bulan yang sama dengan mangsa kedua.

Travolta melalui peguamnya, Martin Singer, memberitahu dakwaan kedua yang dibuat adalah mengelirukan dan mengarut. “Pelanggan kami akan membuktikan dia tidak bersalah di mahkamah,” katanya. Jurucakap kepada Travolta pula menganggap saman yang difailkan itu adalah rekaan semata-mata.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini