Tuntutan Saiful Apek RM 200,000 ribu Gagal - Akur Keputusan Mahkamah

Zaman sekarang, artis kita sudah buka mata tentang perjuangan seorang anak seniman, baru - baru ini seniman vateran Saiful Apek yang begitu popular pada ketika itu, telah membuat tuntutan pelaburannya sejumlah RM 200,000 sebelum ini.

Tuntutan ini adalah kewangan Wang hasil lakonanya sejak 2005 dan telah melaburkan sebanyak RM 100,000 ribu untuk filem Lady Boss dan Anak Mami.

Ikuti video ini tentang luahan kegagalannya menuntut RM 200,000 ribu diatas keputusan Mahkamah.




-video dari sinar harian-

Katanya lagi ia tetap berbangga dengan cara memperjuangkan isu tuntutan ini.

“Saya mungkin ‘buta kontrak’ tetapi jika diberi skrip boleh saya faham malahan, ramai artis yang tidak faham isi kandungannya,” katanya pada sidang media hari ini.

Tuntutan tersebut berkaitan bayaran untuk filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan di mana Apek melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Selain itu, Apek turut mendakwa Teo gagal menyiapkan album nyanyiannya berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada tahun sama.

Sehubungan itu, Apek bercadang mahu menubuhkan sebuah biro yang dikenali sebagai Kesatuan Anak Seni (Kemas) yang memperjuangkan hak-hak anak seni melalui saluran yang betul.

“Saya menyeru supaya mana-mana artis yang mempunyai masalah untuk tampil berjumpa dengan saya dan saya akan jadi orang tengah untuk utarakan masalah itu kepada orang yang lebih pakar dalam bidang tersebut.

“Kalau boleh biarlah kita bergabung untuk menuntut hak kita sebagai artis dan mendidik orang yang berkarya mengenai undang-undang mengenai perjanjian yang berkaitan anak seni.

 “Semua krew penerbitan yang terlibat perlu lebih peka dengan isu kebajikan dan undang-undang,” katanya lagi.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini