Video Anwar Ibrahim Dan Shamsidar Tersebar Di Youtube?



Kecoh sana sini apabila Video Anwar Ibrahim dan Shamsidar telah berada di Nallakarupan dan setengah pihak telah memaparkan di youtube, kecoh kecoh jom layan video tersebut.

Berikut kenyattan Nallakarupan bahawa video itu benar..

Senator Datuk S Nallakaruppan hari ini memberitahu kepada media motif utama beliau merakam video ‘panas’ yang membabitkan pemimpin politik dengan isteri orang itu adalah semata-mata untuk tujuan keselamatan.

Pada masa yang sama, video tersebut dakwanya ada hubung kait antara hubungan sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri kepada Azmin Ali, Shamsidar Tahrin.

Menurut beliau, rakaman pada tahun 90-an tersebut dibuat adalah bagi tujuan keselamatan kerana pada ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan ini timbul apabila Nallakaruppan didesak oleh wakil media ketika sidang media di sini hari ini.

Isu ini berbangkit lantaran dari kenyataan Nallakaruppan yang menyatakan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.


Lantaran dari kenyataan tersebut, Anwar telah memfailkan saman sebanyak RM100 juta atas nama tiga defendan, Nallakarupan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Datuk Abdul Aziz Ishak selaku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Justeru, Nallakaruppan telah menyerahkan rakaman pita video selama satu jam 20 minit tersebut kepada peguamnya sebagai bukti pembelaan. Bagaimanapun video di youtube telah pun didelete oleh pentadbir youtube. Kita tunggu mungkin ada blogger lain yang akan upload ....


Video Kenyataan Nalla



Apa nak jadi ahli politik kita nie sana sini isu skandal, seks dan sebagainya, adakah ini salah satu cara untuk memenangi hati rakyat untuk memenangi pilihan raya yang ke 13?

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini