Video Rita Rudaini Hati Panas Tuntutan Aidil Zafuan - Isu Tak Jadi Bercerai

Di Mahkamah Syariah Daerah Petaling petang tadi, dengar cerita Aidil Zafuan Abd Razak telah memohon untuk menarik semula kes tuntutan lafaz cerai terhadap isterinya.

Aidil Zafuan menarik semula kes nie sebab ingin memulihkan semula isu rumahtangganya yang goyah sebelum berlangsungnya kes tuntutan anak mereka berdua nanti.

Apa kata Rita Rudaini berkenaan Tuntutan Aidil Zafuan tak jadi cerai.

Saya tengok dia seperti tidak serius, sekejap nak cerai, selepas itu tarik balik. Pada masa sama dia kemukakan pula permohonan supaya saya kembali taat dan tinggal di rumah, sedangkan yang meninggalkan rumah (adalah) dia bukan saya,” kata.

Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian.”
Aidil Zafuan turut menuntut supaya Rita Rudaini dan anak-anak berpindah ke rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1 atas alasan sesuai dengan pendapatannya.

Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak? soal Rita

Video Panas Rita Rudaini tak jadi Bercerai
-sumber isu-hangat.blogspot.com-

1 comments:

ok lah kalau tak jadi cerai ..jgn bercerai berai ..tak elok

Entri Menarik Hari Ini