ADEGAN PANAS ZARINA JAMALULLAIL DALAM Filem Aku, Kau dan Dia


Filem Aku, Kau dan Dia akan dipertontonkan di Pawagam, bagaimanapun sebelum Filem itu dilancarkan seorang pelakon telah meminta pengarah untuk memotong adegan panas Zarina Jamallullail disebabkan image baru Zarina telah bertudung malah sudah berkahwin.

Dengar cerita pihak suami Zarina Jamallail, 23 tahun telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memotong adagen panas dan romantik yang berlebih lebih bersama Pekin Ibrahim, adakah ini benar?


Ikuti Pengakuan dari Zarina Jamallullail :-


Bagaimanapun, Zarina membuat pengakuan bahawa hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre.

"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung.

"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya lagi.


Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin. - mStar-

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini