Alyah dituduh ambil dadah ?

Macam - Macam isu sekarang nie, kurus salah, gemuk salah, ini plak Gara-gara berat badannya yang turun secara drastik dari 52 kilogram kepada lebih 40 kilogram saja sekarang, ada pula segelintir mulut longkang menuduh Alyah mengambil dadah dan pil khayal.

Pengakuan Alyah sendiri terkejut beruk dibuatnya apabila terbaca gosip dan tuduhan liar yang tersebar di dalam Internet itu sehingga ada rakan artis bertanyakan kesahihan cerita itu.

Segelintir wartawan majalah hiburan artis juga turut bertanyakan kesahihan gosip itu sendiri kepada Alyah. Jawapan pantas Alyah menafikan gosip liar itu kerana dia akui masih waras dan sayangkan dirinya.

Kata Alyah, dia jadi kurus mungkin sebab kerja keras akhir-akhir ini dan terlalu kepenatan. Kebetulan selera makannya juga berkurangan menyebabkan dia jadi kurus. Kemudian dia memotong lagi rambut pendek menyebabkan badannya nampak bertambah langsing dan kecil.

Bagi memastikan keadaan dirinya tidak terganggu, Alyah terus pergi berjumpa doktor yang mengesahkan dia bukan menghidap sebarang penyakit kronik.

Doktor kemudian memberikan Alyah mengambil beberapa jenis vitamin yang sesuai untuk menambah selera makannya dan mendapatkan kembali berat badan yang ideal dengan ketinggian tubuhnya itu.

Bagaimanapun ada juga yang menasihatkan Alyah agar mendapatkan rawatan alternatif dengan bantuan mana-mana ustaz.

Apa - apapun ingat Alyah, nyanyi nyanyi juga, tapi kesihatan kena dijaga yea..

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini