Caroline Juara Mentor Musim ke 6



Persaingan Mentor 6 malam tadi telah menjanjikan saingan sengit diantara ketiga tiga protege dan Caroline telah dinobatkan sebagai Juara bagi musim ke 6 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM 100, 000 berserta sebuah trofi yang berlangsung di Stadium Malawati.


Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 telah berjaya memikat juri juri profesional dan undian SMS walaupun Undian Juri Awam telah memberikannya 15 markah sekali gus meletakkan dia markah terbawah.

Dengan berbekal kan 71 markah dari jumlah keseluruhan, akhirnya protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6)


Sementara itu, Zatul berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30 000 dan sebuah trofi setelah menduduki tempat kedua dengan 60 markah. Manakala Anas protege kepada Faizal Tahir yang menduduk tempat ketiga hanya membawa pulang wang tunai bernilai RM10 000 beserta trofi.

Prestasi Caroline boleh dikatakan all-out dengan mudah mengenepikan persembahan Anas yang kelihatan biasa sahaja dan membosankan. Apatah lagi Caroline berjaya memukau penonton dengan persembahan ’I Don’t Want To Miss A Thing – Aerosmith’, sebuah lagu yang mempunyai vocal range yang pelbagai dengan amat baik.

Pada Tugasan terakhir iaitu pusingan ke 3, setiap peserta akan menyanyi sebuah lagi baru khususnya untuk protege. Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.


Kemenangan protege Ella ini hanyalah titik tolak kepada kareer Caroline dalam industri hiburan. Tahniah sekali lagi dan sekiranya ingin berjaya, Usaha dengan lebih keras dari masa ke semasa untuk memancing peminat peminat di luar sana.

1 comments:

Entri Menarik Hari Ini