Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Berikut adalah contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun untuk dikepilkan sekali bersama sijil sakit. Surat rasmi memohon cuti ini penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah.

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah
Wan Afiq Bin Wan Ariff
blok t-7,taman sena ,
01457,kuala kemunting
shah alam selangor
_____________________________________________________
Guru kelas 6UKM
Sek keb miru sentosa,
Jalan Parit Buntar,
04580,port dickson
perlis indera kayangan                                                                                                    18/02/2012

Tuan/Puan,

PER:TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk pernyataan diatas ,saya waris penjaga Wan Afiq bin Wan Ariff ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 17/02/2012 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/02/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan .

Sekian terima kasih .

Yang Benar
(Wan Ariff bin Wan Zaman)

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini