Era Fazira Bermadu hadapi Dilema Rumah Tangga?

Khabar angin kisah kemulut rumatangganya bersama suaminya tidak pernah suram, malah kisah peribadinya itu terus diperkatakan.

Suami Erra Fazirah iaitu Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut menimbulkan pelbagai spekulasi seperti yang didakwa pasangan ini telah menghadiri sesi kaunseling, tidak tinggal sebumbung dan ada pula mengatakan suaminya telah berkahwin lain.

Walaubagaimana pun, Erra tidak cepat melatah dengan kontroversi rumah tangganya itu. Sebaliknya tenang menjawab segala persoalan dari media.

"Saya tidak menafikan, khabar angin yang disampaikan oleh pihak tertentu ada yang betul dan ada juga yang tidak.

"Biasalah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya tidaklah sentiasa aman dan makmur kerana masalah dalam perkahwinan itu normal," jelasnya.

Tidak mahu mengulas lanjut masalah yang sedang dialami rumah tangganya, sebaliknya Primadona Malaysia ini meminta supaya semua pihak memahami dengan dilema yang dihadapinya.

"Maaflah, setiap kata-kata saya perlu ada batasnya kerana ia kisah rumahtangga saya dan rasanya lebih baik jika saya tidak terlalu terbuka.

"Lagipun ada perkara yang saya perlu tutup dan saya harap orang di luar faham dengan dilema yang saya alami," luahnya lagi.

Sebelum ini terdapat media yang melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan bahawa suami, Engku Imran Engku Zainal Abidin sudah pun berkahwin lagi dan Erra sebenarnya sedang bermadu.

Erra walaubagaimanapun meminta supaya semua pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara tersebut.

Musykil tentang bagaimana khabar angin itu tersebar, Erra memberitahu mungkin ia berpunca selepas suaminya tidak lagi mengikutnya bersama ke majlis-majlis hiburan.

"Saya akui pada awal perkahwinan saya, suami sering juga ikut saya ke mana-mana dan kini dia tidak lagi berbuat demikian.

"Lagipun saya tidak boleh hendak memaksa Emran untuk mengikut saya dan saya perlu hormat keputusannya yang tidak berminat bersama saya ke acara hiburan dan sebagainya.

Sedar dirinya seorang selebriti, pintanya bukan semua perkara boleh dikongsi bersama orang ramai.

"Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri," katanya minta difahami.


Nasihat G.A.M sekiranya isu ini benar diharapkan Erra Fazira tabah menghadapi masalah rumah tangga dan jika boleh cuba jauhkan permasalahan suami isteri, yang boleh menggangu emosi Engku Aleesya yang baru berumur 3 tahun.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini