Gambar Awi Rafael Bertatu dan Minum Arak? - Isu Penjelasan


Gempar apabila sebuah laman web gossip artis membongkar seorang kelakuan artis tanah air kita dengan meminum arak dan bertatoo yang menjadi kebanggaannya selama ini.

Desas desus ada yang mengatakan artis tersebut hidup gaya playboy dan bertatu di lengan. Walaupun raut wajah artis itu dikaburkan, Namun peminat peminat dan orang ramai sudah dapat meneka dan menjangkakan siapakah gerangannya penyanyi itu dan ramai yang meneka bahawa gambar itu adalah Awi Rafael.

Awi Rafael seolah olah dapat menghidu tentang perkara ini dan tidak teragak agak tampil untuk memberi penjelasan menerusi facebook miliknya bagi menjernihkan keadaan.

Penjelasannya lagi bahawa gambar-gambar yang dimuat naik tersebut adalah gambar lama, sebelum beliau bergelar penyanyi dan mengakui ketika itu beliau masih terlalu mentah untuk menilai baik dan buruk, jelas Awi Rafael.

Bagimanapun, Awi Rafael mengakui dan kini beliau sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama. Kini dirinya semakin matang dan sudah berubah. Malah, Awi Rafael juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama dikalangan remaja menjadikan kisah yang menimpanya sebagai pengajaran.

Persoalannya Tatu dibadannya bagaimana untuk dihilangkan apabila disebut sudah matang dan sudah berubah?





0 comments:

Entri Menarik Hari Ini