IRMA HASMIE MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN 1 JULAI 2012


Irma Hasmie Bakal Melangsungkan Perkahwinan pada 1 Julai 2012, Irma sebelum ini telah melangsungkan pertunangannya pada 27 Mac 2012, bakal bernikah pada 29 Jun 2012.


Pelakon sebelum ini pernah dikaitkan dengan Nabil pada ketika dahulu dan telah menukar penampilannya selepas tiada jodoh dengan bekas kekasihnya kini telah ditemukan jodoh bersama jejaka pilihan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan berumur 31 tahun.



Kad undangan ke majlis persandingan sudah pun diedarkan. Majlis pernikahan mereka bakal diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi akan diadakan di MAEPS, Serdang hari yang  sama pada jam 8.00 malam.

Aktiviti terkini Irma masih berada di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah dan dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun 2012.  Pengacara dan juga pelakon TV popular ini berkata aktiviti seninya ketika ini diberhentikan sementara waktu untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan

G.A.M mengucapkan semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini