Keputusan Perlawanan Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012


Skuad Harimau Malaya telah berjaya menjinakkan Singapura di Stadium Shah Alam dalam aksi perlawanan persabahatan kedua setelah pertemuan pertama di Stadium jalan Besar berakhir dengan keputusan seri 2-2, walaupun pada ketika itu Malaysia telah mendahalui 2-0.

Mengimbas kembali perlawanan persahabatan pertama berakhir dengan 2-2 pada ketika itu, ceritanya apabila berlaku sedikit salah faham yang memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada tonggak pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak dengan alasan melakukan provakasi ke atasnya.

Lebih mencetuskan kontroversi dan menjadi perbualan peminat bola sepak tanah air apabila pengadil telah menghadiahkan sepakan penalti dan penjaga gol malaysia khairul Fahmi telah berjaya menyelamatkan tetapi pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam telah memberikan sepakan percuma pula didalam kotak penalti malaysia.

Pada perlawanan malam ini, Malaysia telah membuktikan Harimau Malaya adalah sebuah pasukan bakal Juara Piala AFF sekali lagi

Keputusan terkini Malaysia vs Singapura 12 jun 2012


MALAYSIA 2  SINGAPURA 0


GOL Malaysia

Shakir Ali 19
Safiq Rahim 61





0 comments:

Entri Menarik Hari Ini