Keputusan Suku akhir EURO 2012: Rep. Czech vs Portugal

Siapakah bakal memenangi pada perlawanan kali ini, Portugal atau Rep. Czech. Suku akhir pertama bermula pagi ini menemukan Portugal dengan Czech Republik. Czech turun selaku juara kumpulan A manakala Portugal pula runner-up kumpulan B.

Di atas kertas pasti ramai memilih Portugal untuk mara ke peringkat seterusnya namun cabaran Czech mungkin tidak boleh dipandang remeh. Kedua-dua pasukan pasti berharap pada kekuatan lebih kepada attacking midfielder atau pun pemain sayap untuk menjaringkan gol berbanding penyerang. Milan Baros mungkin sudah veteran untuk mengancam kubu lawan & lebih banyak melakukan foul di atas padang. Begitu juga Helder Postiga yang baru menjaringkan 1 gol setakat ini untuk Portugal.

KEPUTUSAN


Rep. Czech    (0)       vs       Portugal (1)
                                                                   ..C.Ronaldo

Pemenang perlawanan ini bakal berdepan dengan pemenang antara Spain & Perancis.

Entri Menarik Hari Ini