Keputusan Suku Akhir Jerman VS Greece - Jerman Ke Separuh Akhir

Jerman mengotakan janjinya untuk membuat serangan bertali harus sehinggakan tuan rumah hilang rentak pada babak pertama. Ternyata strategi yang dirancangkan oleh jurulatih jerman menepati citarasa oleh anak anak buahnya sehinggakan mempamerkan permainan yang cemerlang apabila apabila melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2012 dengan menumpaskan Greece 4-2 dalam saingan suku akhir di sini, awal pagi tadi.

Ketua pasukan dan tonggak pertahanan Jerman, Philipp Lahm berjaya meletakkan pasukannya mendahului 1-0 pada minit ke-39.

Begitupun penyerang Greece, Georgios Samaras mengejutkan lawan hanya 10 minit selepas separuh masa kedua disambung apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gerakan serangan balas.

Harapan Greece untuk melakar kejutan bagaimanapun tidak kesampaiakn apabila voli cantik Sami Khedira (61), tandukan Miroslav Klose (68) dan voli Marco Reus (74) meledak tiga gol untuk Jerman selesa mendahului 4-1.


Seminit sebelum tamat permainan, Greece dihadiahkan sepakan penalti selepas tendangan Vasilios Torosidis terkena tangan pertahanan Jerman, Jerome Boateng, dan Dimitris Salpingidis menyempurnakannya dengan baik tetapi ia sudah terlewat untuk juara Euro 2004 itu membuat kebangkitan.

Jerman akan menyiapkan diri untuk menghadapi England atau Itali yang bakal berentap dalam satu lagi saingan suku akhir, esok. Pemenang perlawanan esok bakal bertemu Jerman.

KEPUTUSAN  

GERMANY    (4)   VS   GREECE    (2)



Tahniah buat pasukan Jerman. Semoga rentak permainan ini akan dikekalkan. G.A.M ada salah seorang penyokong Jerman.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini