Khairul Fahmi dan Leuniey Tayang Cincin Tunang?


Khairul Fahmi sering kali mendapat perhatian daripada peminat peminat dan media massa terutama kisah liku liku kehidupannya yang penuh dengan gossip gossip sensasi. Beberapa bulan lalu, kisah percintaan khairul fahmi begitu panas apabila dikaitkan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.

Bagaimanapun, Apex menafikan gosip tersebut dan kenyataan itu disokong oleh bekas tunang Leuniey sendiri yang mengatakan Apex tiada kena-mengena dengan kekecohan cerita cinta yang timbul.

Selepas membuat kedua - duanya membuat pengakuan tersebut, Jodoh mereka berdua kembali berputik apabila  Apex dan Leuniey dipertemukan sebagai model dalam iklan komersial minyak wangi milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Namun kedua-duanya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua & menegaskan antara mereka hanya hubungan professional.

Terbaru kecoh pula gambar paparan terakhir avatar Apex di akaun BBM & kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini single seakan tidak sah lagi. Lebih lebih lagi apabila kedua duanya tidak segan untuk menyatakan ‘sesuatu’ di laman-laman sosial yang semakin banyak ketika ini.


Terbaru, Apex menggunakan gambar gabungan mukanya dengan seorang gadis yang kalau diperhatikan wajahnya mirip seperti Leuniey di profil Blackberry Messengernya (BBM). Selain itu, Apex juga ada memuat naik beberapa gambar yang jarinya memakai sebentuk cincin dengan ‘caption’ menunjukkan seorang permaisuri telah pun hadir dalam hidupnya. Tindakan Apex itu sama juga dilakukan oleh Leuniey.


Gadis cantik itu juga telah memuat naik gambar jarinya yang memakai cincin dan gambar mukanya yang sama aplikasinya dengan Apex. Apex dan Leuniey bercintakah?

Nasihat G.A.M Kalau bercinta pun, apa salahnya. Masing masing mempunyai kerjaya hebat, masing masing masih mencari cinta. Peminat pasti akan mendoakan hubungan kalian berdua. Semoga berkekalan.

Gambar: RotiKaya.Com

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini