Osman Kering Meninggal Dunia


Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi telah mengumumkan melalui Twitter bahawa Osman Kering telah meninggkan dunia dan jenazah allyarham kini berada di HUKM. Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi mengesahkan berita kematian bapanya itu.

Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi.

” Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.



Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

Entri Menarik Hari Ini