Adik Alyah Penyanyi Popular Dihukum Penjara 7 tahun

Adik lelaki kepada seorang penyanyi wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyamun seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Abu Hasan, 29, dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 Januari lalu, berhampiran sebuah masjid di Taman Tampoi Indah, di sini.

Dalam kejadian itu, Faizal dikatakan menyamun mangsa, Rohana Jamal dengan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Faizal kelihatan tenang, namun beberapa ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebak.

Walaubagaimanapun, Alyah pernah menulis di twitter berkenaan adiknya, dengan kenyataannya baik buruk adiknya dia tetap akan menerimanya...

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini