Filem Gangster Celop dibintangi Blogger Hanis Zalikha?



Gangster Celop mengisahkan 2 orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Filem in mencetuskan fenomena baru apabila julung kalinya EXCELLENT PICTURES dan Skop Production akan bersatu tenaga membikin filem "Gangster Celop", sebuah filem aksi komedi yang dibintangi oleh Shamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru Hanis Zalikha. Khabarnya pelakon Hanis ini adalah salah seorang blogger biasa sahaja..

Pelakon didalam filem ini terdiri Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha manakala pengarahnya adalah Ahmad Idham.

Cerita berkisar tentang Shamsul Yusof dan Kamal Adli yang bakal memegang watak bekas samseng berkawan rapat. Mereka baru sahaja keluar dari penjara dan ingin memulakan kehidupan baru.

Walaubagaimanapun, mereka dihubungi oleh Mat Jambu (Yus Jambu), seorang bekas ketua samseng yang kini memerlukan bantuan mereka untuk menjadi pengawal peribadi kepada Suzana (Hanis Zalikha), anak Jambu yang baru hendak mula berniaga.


"Melihat situasi industri filem sekarang, gabungan ini boleh memberikan sebuah peluang untuk menghasilkan idea, kreativiti, modal dan kerja yang boleh menarik perhatian umum," ujar Datuk Yusof Haslam, yang turut mengatakan kolaborasi ini merupakan sebuah langkah yang besar dalam industri filem tempatan.

"Kolaborasi ini boleh membuahkan fenomena baru dalam industri filem, yang mana ianya bukan sahaja berkaitan kolaborasi dua syarikat, malah ini antara fenomena baru dalam bidang lakonan apabila Hanis Zalikha, seorang blogger terkenal yang juga merupakan seorang model, turut berlakon dalam "Gangster Celop"," ujar Ahmad Idham.

Penggambaran utama "Gangster Celop" sudahpun bermula di kawasan Lembah Klang dan berkemungkinan akan diriliskan pada tahun 2013.

Apa khabar sekali pun kita tunggu kemunculan filem ini. Cuma persoalannya kenapa watak berat sebegini didalam Filem khususnya untuk heroin filem ini mengambil pelakon sekarang blogger sahaja, kenapa tidak memilih artis yang ada sekarang. Apakah keistimewaan Hanis ini?

Ingin tahu kesudahan kisah mereka?

Nantikan tayangan filem ‘Gangster Celop’ pada pertengahan tahun 2013.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini