Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung - Al Fatihah




Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun. Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira. Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).

Hari ini Pelakon Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung. Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa, pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk. Katanya, selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa.  Arwah juga tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini. Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Entri Menarik Hari Ini