Isu Gambar Siti Nurhaliza Dedah Rambut Di Instagram



Kecoh bila gambar Siti Nurhaliza dedah rambut menjadi perbualan di kalangan peminat peminat dan ada yang berbau komen komen negatif tenang penampilan siti nurhaliza di Instagram yang telah dimuat naik oleh siti sendiri. Isu panas ini berkaitan mereka berbalah tentang isu rambut, aurat dan imej anda. Apakah komen anda mengenai perkara tersebut?

 “Ia adalah isu lama yang berbangkit.”


Begitu ulas Datuk Siti Nurhaliza mengenai pertikaian peminat tentang imej dan penampilannya yang separa bertudung. Bagi kebanyakan peminat, ramai yang berharap agar penyanyi nombor satu negara itu bertudung dengan sempurna, sementara sebahagian lagi boleh menerima penampilan Siti dengan baik.

Bagaimanapun isu pemakaian tudung Siti kembali menjadi hangat selepas sekeping gambar yang dimuat naik oleh Siti sendiri dengan menampakkan sebahagian rambutnya dalam laman sosial Instagram peribadinya menjadi perdebatan di kalangan peminat. Macam-macam pandangan yang dilemparkan, sehingga menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa rambut wanita bukan aurat.



Sudah terbiasa dengan situasi tersebut, Siti dengan tenang meminta agar semua peminatnya menerima penampilan dirinya yang memang belum bertudung sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.

Ujarnya: “Saya sedar bahawa timbul beberapa komen negatif mengenai gambar saya dengan menampakkan rambut dalam Instagram saya. Namun, seperti selama ini yang sering saya katakan, saya memang belum bertudung litup, tetapi sekadar mengenakan selendang."

“Jadi saya amat berharap agar peminat memahami dan tidak lagi membangkitkan isu ini.”
Siti bagaimanapun berkata: “Namun saya tetap mempunyai keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna satu masa nanti.

0 comments:

Entri Menarik Hari Ini